friends.kawan. :)

Monday, May 10, 2010

gara-gara panty liner . .

-kurus betol scha nih . .huaa~







Assalamulaikum wahai pembaca . kali nih,,aku nak mulakan entry aku dengan tajuk entry yang sangat x seberapa nih . .hope korang baca . .(*komen jgn lupe . :D)

okay . .we start~ korang pernah tak tengok darama bersiri kat atsro RIA *channel 104 tuh??kan ade drama yang ber tajuk K.I.T.A. CAREFREE tuh?haaa . tulah yang aku nak cakap nih . .pasal panty liner pon nak wat drama ke?hekhek . bagi aku,,aku tak lah kesah sangat . .sebab drama nih bukan yang pertama pun yang berkisarkan tentang hal-hal yang berkaitan dengan wanita nih . .contoh nye,,KISAH KAISARA . tu pun pasal wanita gk . .aku tak nak lah komen panjang-panjang tentang hal nih . .hehe . .aku pompuan gk,,agak-agak ny aku wajib tengok drama-drama cmni . .WAJIB OKAY~!! kalo lelaki,,anda disunatkan . .haha . .korang tengok lah drama nih . best aper . .tapi time korang tengok drama nih,,jangan la sesekali anda bersama dengan abang/boipren/pak guard kalo tengok drama nih . aku tak nak perkara yang tak di ingini berlaku seperti yang berlaku kat aku dulu . aku punya lah tengah syok-syok layan drama nih,,tiba-tiba abang aku tuka channel . .dia siap cakap lagi,,

"abang malu lah nak tengok drama nih . .kepompuanan sangat . malu la . ."

hahahahahhahah~!!! aku ketawa kt abang aku tuh . .apa laa . takyah malu lahh . .bukan engko pakai pon??? kan3?haha . .okay . .aku nak kasi korang sikit tantang sinopsis drama nih . .


-Drama bersiri menarik 13 episod arahan pengarah Michael Ang danAmo Rizan ini dijayakan oleh pelakon-pelakon jelita yang semakin menjadi sebutan peminat iaitu pengacara dan pelakon yang cukup sinonim dengan watak Dania dalam drama Awan Dania; Scha Alyahya sebagai Kiera yang baru-baru ini turut diumumkan sebagai duta Carefree®; jenama panty liner No. 1 di Malaysia; penyanyi dan pelakon yang digilap bakatnya menerusi program realiti Akademi Fantasia pada musim ketiga; Marsha Londoh sebagai Ilma, pelakon yang juga merupakan pemenang tempat kedua pertandingan Ratu Cantik Malaysia 2007/2008; Dawn Jeremiah sebagai Tania Tan dan juga pelakon baru yang semakin meningkat naik; Wany Osmar yang membawakan watak sebagai Alisa,

Drama
K.I.T.A Carefree® ini mengisahkan persahabatan empat wanita jelita iaitu Kiera, Ilma, Tania dan Alisa yang telah terjalin sejak di bangku sekolah lagi. Sewaktu mereka baru meniti usia 16 tahun, mereka telah membuat perjanjian yang mana mereka berikrar akan sentiasa menyokong dan membantu satu sama lain dalam apa jua keadaan. Hari demi hari berlalu. Kini mereka sudahpun dewasa dan masing-masing mempunyai kerjaya yang hebat dalam bidang yang mereka ceburi.

Peranan Carefree® dikait rapat dengan jalan cerita drama siri ini menerusi satu beg Carefree® bercorak
daisy tote yang merupakan "beg bertuah" kepada empat watak gadis ini untuk menghadapi cabaran dan dugaan sewaktu membesar. Terdapat beberapa babak dan situasi yang mana beg Carefree® akan muncul pada saat dan ketika yang tidak tepat pada waktunya. Contohnya apabila watak Ilma membawa beg tersebut ke sewaktu menghadiri sebuah temu janji makan malam yang formal, ia secara tidak langsung telah membawa elemen spontan dan gelagat lucu kepada watak tersebut dalam menguatkan jalan cerita drama ini.-



6 comments:

taufiq helios said...

haha..kalu pompuan buek pasal panytliner tuh..kalu laki..apo eh?

i'm ORDiNary! said...

haha . no komen . taufiq rasa?? :)

RaMa2UnGU said...

hehehehehe...

tak brapa nk minat tgk citer ni.hehe..skali skala ok la..

i'm ORDiNary! said...

ye ke? sy minat . .sambil2 tengok,,diaorang ada gk kasi tips ttg hl pompuan . .:)
tht y i like it . :D

fndrocka said...

iklan pad pun byk yg macam haram.pompuan dah makin terbuka...dari segi fikrian dan pakaian..

aNNiE iS aiNiey said...

fndrocka:semakin mendedahkan yg x sepatut nya .alahaii . malaysia2 .

Related Posts with Thumbnails